Wednesday 22 April 2015

JAMBATAN GIGI/ DENTAL BRIDGE

SALAM...

Hari ni saya share kes bridge a.k.a jambatan gigi..

Jambatan gigi??? Gigi pun ada jambatan ke?? Apa tu jambatan gigi?Macamana rupa dia? Sakit tak? Siapa yang boleh pakai?

Itulah antara common question yang saya dapat bila perkenalkan jambatan gigi / bridge.

Mari saya sharekan serba sedikit pasal bridge ni..

:::::Contoh bridge untuk gigi depan:::::

::::Contoh bridge untuk gigi belakang::::
OK, kedua-dua gambar kat atas tu contoh bridge.. Bridge dibuat untuk menggantikan gigi yang telah tiada @ in simple words gigi yang dah dicabut. Selalunya apabila kita kehilangan gigi, ia akan digantikan dengan gigi palsu. Dan gigi palsu yang selalu kita tengok adalah yang boleh ditanggalkan (removable). Bridge pun tergolong dalam kumpulan gigi palsu jugak,tetapi gigi palsu yang kekal dalam mulut / (fixed). So,tak perlu ditanggalkan. Bridge menjadi semakin popular sekarang bagi menggantikan gigi yang hilang kerana ianya lebih selesa dan tak perlu ditanggalkan.

Berbalik kepada gambar di atas, cuba tengok gambar yang ke 2/yg bawah. Pesakit ni hanya kehilangan sebatang gigi geraham bawah. Apabila bridge dipasang,ia akan menggunakan gigi sebelah sebagai "tiang" @ pemegang. Jadi, kedua-dua gigi yang bersebelahan akan dikecilkan dan dipakaikan sarung gigi. So, takdelah gusi palsu, sebab itulah ianya lebih selesa. Faham tak?? Actually, bridge ni bukan untuk kes yang kehilangan sebatang gigi sahaja, 2,3 dan seterusnya pun boleh..Asalkan masih ada gigi kekal yang bersesuaian untuk dijadikan "tiang". Tapi kalau dah hilang semua gigi tu, tapi still nak pakai bridge jugak, perlu buat implant terlebih dahulu..Kalau tak mana nak dapat support untuk pegang bridge kan? Namapun bridge, mesti ada pemegang!

Bridge ni ada beberapa jenis. Macam gambar yang pertama tu namanya Maryland bridge. Nampak macam bersayap kan? Sayap tulah yang akan bertindak sebagai pemegang/support dan ianya melekat dibelakang gigi sebelah. Ok, untuk decide jenis bridge yang mana suit untuk kita, pesakit tak boleh nak decide sendiri. Selalunya dentist akan decide selepas checkup dibuat. Ini kerana ada beberapa faktor yang akan dilihat untuk menetukan jenis bridge yang sesuai untuk pesakit.

Mari kita tengok review pesakit saya.
gambar atas: sebelum rawatan:::: pesakit mempunyai masaalah ruang diantara gigi, gigi tengah sebelah kiri yang tak sama warna & kehilangan sebatang gigi sebelah kanan.

gambar bawah: selepas rawatan:::: gigi yang hilang digantikan oleh bridge, manakala warna yang tidak sekata pada gigi kiri & ruang ditengah ditutup melalui rawatan veneer.

***p/s: pesakit request warna bridge & veneer yang lebih putih. Gigi lain boleh buat whitening:)) so dapat fullset gigi yang putih.

any inquiries boleh call klinik gigi dr afzan: 012 234 8407
email: tdenttrading@yahoo.com
pm di FB: https://www.facebook.com/klinikpergigiandrafzan

daa
DR A

2 comments:

  1. Harga Berapa ye utk rawatan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf ya, sebarang harga rawatan tak boleh di publish kepada umum..pihak klinik/doktor tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

      tapi,untuk tahu price bagi rawatan ni adik boleh pm di fb, call klinik @ email pihak klinik.

      Delete