Saturday 29 November 2014

PENDAKAP GIGI TANPA DAWAI/ PENDAKAP GIGI LUTSINAR

PETIKAN DARI AKHBAR HARIAN METRO AHAD

Senyuman yang menawan tidak lengkap tanpa gigi yang cantik, bersih dan teratur. 
Namun, tidak semua orang memiliki gigi sempurna kerana ada yang mengalami 
kecacatan gigi atau malocclusion.

Malocclusion adalah susunan gigi yang tidak teratur seperti gigi sesak (crowding), 
gigi jarang (spacing), gigi depan di atas lebih menonjol berbanding di bawah (overbite), 
gigi depan atas melekat keluar dan menonjol (overjet) dan gigi bawah ke depan 
(underbite).

Kecacatan gigi juga membabitkan gigi atas dan gigi bawah tersusun berlawanan 
daripada susunan normal yang tepat (crossbite), gigi depan atas dan bawah tidak 
bersentuhan bila gigi dirapatkan (openbite) dan gigi depan tengah tidak sekata dengan 
gigi depan (misplaced midline).

Beberapa faktor yang menyebabkan malocclusion ialah keturunan, saiz tulang rahang 
dan gigi tidak seimbang, bilangan gigi yang lebih, bentuk gigi yang tidak normal, gigi 
terhimpit kerana tidak cukup ruang, kehilangan awal gigi susu atau gigi kekal dan tabiat 
buruk seperti menghisap jari atau menggigit bibir.

Susunan gigi yang tidak teratur boleh mewujudkan pelbagai masalah seperti gigi yang 
sesak sukar dibersihkan apabila berus gigi atau flos gigi tidak boleh mencapai celah gigi 
tempat makanan terselit, sekali gus menyumbang kepada kerosakan gigi dan penyakit gusi. 
Gigi yang menonjol atau jongang pula menyebabkan tergigit bibir atau lidah dengan 
sengaja.

Crossbite boleh menyebabkan pertumbuhan gigi yang tidak rata manakala openbite 
juga boleh menyebabkan tergigit lidah dan mengganggu pertuturan menyebabkan sebutan 
tidak jelas.

Perunding Ortodontik ClearPath dan Pakar Produk, Dr Syed Imran Ali berkata, susunan 
gigi yang tidak teratur boleh dibetulkan menerusi rawatan ortodontik seperti mencabut 
gigi atau memakai pendakap gigi kerana kecacatan yang tidak diperbaiki mampu 
menyebabkan penyakit gusi dan kerosakan gigi.

Rawatan ortodontik juga mencegah risiko kecederaan pada gigi, dapat membetulkan 
gigitan dan membantu mengunyah makanan dengan baik, di samping menjadikan 
penampilan lebih menarik.

"Penggunaan pendakap gigi besi adalah kaedah konvensional untuk merawat kecacatan 
pada gigi apabila wayar dan braket logam akan diikat ketat untuk menolak gigi kembali 
ke dalam jajaran betul dan jurang antara gigi juga dikurangkan menggunakan kaedah sama.

"Kaedah ini berkesan untuk membetulkan kecacatan kecil serta membantu meningkatkan 
kesihatan keseluruhan gigi mereka yang mempunyai gigi yang tidak teratur. Bagaimanapun,
mereka yang mempunyai kecacatan serius tidak disyor menggunakan pendakap gigi," 
katanya.

Menurutnya, rawatan ortodontik sangat penting kerana kesihatan keseluruhan seseorang 
bergantung kepada kesihatan bahagian gigi apabila penjagaan oral yang baik boleh 
mengurangkan insiden penyakit jantung, penyakit gastrointestinal dan masalah kesihatan 
lain.

"Selain itu, kita memerlukan gigi untuk makan dan mengunyah. Gigi terbentuk dengan cara 
sepatutnya bagi memudahkan proses mengunyah dengan lebih cekap, sekali gus 
membantu penghadaman. Gigitan yang rata dan seimbang juga mengurangkan risiko 
tekanan berlebihan, sakit kepala dan tekanan pada tulang dan tisu yang menyokong kita.

"Gigi yang kemas juga menghasilkan senyuman menawan dan ini memberi kita lebih 
keyakinan untuk berdepan orang ramai. Malah, pertuturan kita lebih jelas butirannya 
kerana gigi memainkan peranan penting dalam keupayaan kita bercakap," katanya.

Seiring dengan perkembangan teknologi dalam rawatan ortodontik, mereka yang 
mengalami malocclusion kini mempunyai alternatif pemakaian pendakap gigi kerana 
syarikat teknologi pergigian, Clearpath Orthodontics, memperkenalkan inovasi baru dalam 
penyelesaian masalah gigi tidak teratur.

Pendakap gigi diperkenalkan syarikat terbabit tidak lagi menggunakan wayar dan braket 
logam, sebaliknya plastik lutsinar, Essix, diperbuat daripada bahan bermutu tinggi serta 
direka khas mengikut acuan bentuk gigi pemakainya.

Lebih unik, pendakap gigi lutsinar yang dikenali sebagai aligner dicipta menggunakan 
teknologi Rekaan Berbantukan Komputer (CAD) dan Pembuatan Berbantukan Komputer 
(CAM).

Dr Syed Imran berkata, Clearpath menawarkan teknik melurus kedudukan gigi secara 
mudah, bersih dan tidak menyakitkan kerana tidak membabitkan penggunaan dawai dan 
braket logam, seramik, getah elastik atau sebarang bahan yang dilekatkan secara kekal 
dalam tempoh tertentu pada gigi.

"Selain lutsinar, aligner berteknologi tinggi ini juga sangat selesa dipakai kerana tidak 
mengganggu gusi dan pipi serta mudah ditanggalkan untuk dicuci. Malah, tiada halangan 
dalam pengambilan sebarang bentuk makanan ketika memakainya.

"Sebaliknya, pendakap gigi logam menimbulkan rasa tidak selesa dan sakit kerana dawai 
dan braket logam menekan gigi dan rahang. Pemakai pendakap gigi logam juga perlu 
mencabut beberapa gigi untuk memberi ruang pergerakan gigi bagi membentuk susunan 
teratur," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi ClearPath Marketing, Mazdurah Mohd Zin berkata, 
teknologi pergigian itu dibangunkan dengan kualiti sangat baik dan unik untuk memberi 
pilihan kepada pengguna, selain pendakap gigi konvensional yang membabitkan banyak 
prosedur sukar.


                        Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 November 2014 @ 5:04 AM






PENDAKAP gigi lutsinar dikenali sebagai aligner dicipta menggunakan teknologi Rekaan Berbantukan Komputer (CAD) dan Pembuatan Berbantukan Komputer (CAM).
ANNOUNCEMENT!!!

HARGA PENGENALAN UNTUK CLEARPATH ALIGNER AKAN BERAKHIR PADA 31/12/14.. DAH TAK LAMA..

JOM REBUT PELUANG SEMENTARA MASA MASIH BERBAKI DENGAN HARGA PENGENALAN.. WHY PAY MORE?? :))

HUBUNGI KLINIK PERGIGIAN DR AFZAN SEKARANG
012 234 8407

Saturday 8 November 2014

FISSURE SEALANT a.k.a PENCEGAHAN GIGI BERLUBANG

Salam & hii semua.. apa khabar gigi anda semua? harapnya baik2 aje.. macam iklan colgate, dunia melangkah ke arah "ZERO CAVITY". begitu juga harapan saya dan dentist lain, semoga rakyat Malaysia lebih peka dan sedar akan kepentingan penjagaan gigi..

OK, hari ni saya nak berkongsi sejenis rawatan yang boleh dilakukan untuk mengelakkan gigi dari mudah berlubang.. 

IYA, gigi boleh dicegah dari berlubang.. Gigi berlubang bukan boleh berlaku dalam masa 1 hari, malah berminggu dan berbulan2.. Jadi sebelum ia berlubang, lebih baik kita mencegah. 

Selalu kita dengar antara cara yang mudah untuk mencegah gigi berlubang ialah dengan menggosok gigi kan? YES, itu paling common dan memang WAJIB buat. Tapi ada juga cara lain yang boleh dilakukan iaitu melalui rawatan FISSURE SEALANT.

Apakah rawatan FISSURE SEALANT?? sebelum tu mari kita berkenalan dulu dengan rupabentuk gigi.

Struktur permukaan gigi molar/belakang

Seperti yang anda dapat lihat dalam gambar kat atas ni, permukaan gigi belakang (molar) mempunyai pit & fissures (lekuk-lekuk). Lekuk2 tu berfungsi untuk pengunyahan makanan. Tapi tahap kedalaman lekuk2 itu tak sama bagi setiap individu..Bagi sesetengah orang, lekuk tersebut sangat dalam, sehingga makanan yang masuk kedalam lekuk tersebut sukar untuk dikeluarkan..


Berus gigi pun tidak boleh sampai kedalam lekuk2 tersebut disebabkan saiz "bristle" berus gigi yang besar.  Lama kelamaan makanan yang berkumpul itu akan menyebabkan gigi tersebut berlubang. 

 Maka, rawatan FISSURE SEALANT diperlukan bagi mengelakkan gigi dari berlubang.

FISSURE SEALANT merupakan satu lapisan yang diletakkan pada permukaan gigi bagi menutupi alur @ lekuk bertujuan mengelakkan kejadian gigi berlubang. Bahan tampalan FISSURE SEALANT mengandungi fluorida, yang akan diserap oleh gigi untuk menguatkan lagi struktur gigi.

SEBELUM RAWATAN               SELEPAS RAWATAN
Gambar di atas merupakan gambar yang di ambil sebelum dan selepas rawatan FISSURE SEALANT. Nampak tak perbezaan yang ketara pada alur/ lekuk tu.. Permukaan gigi yang licin dan tidak komplek akan memudahkan penjagaan / memberus  gigi.

Siapa yang sesuai melakukan rawatan ini??

Golongan dewasa dan kanak-kanak amat sesuai untuk melakukan rawatan ini.. Selalunya bagi kanak-kanak yang mula tumbuh gigi molar kekal seawal usia 6 tahun, amat digalakkan untuk melakukan rawatan ini. Lagi satu, kanak-kanak selalunya lebih susah untuk gosok gigi, jadi rawatan ini sangat sangat disyorkan.

Sakit tak??

Soalan yang selalu famous bila jumpa dentist.:) jawapannya TAK SAKIT langsung. kalau tak percaya, cuba bawa anak anda jumpa dentist dan buat rawatan ni, langsung tak nangis.  

Sebarang pertanyaan mengenai masaalah pergigian atau rawatan boleh walk in ke klinik saya @ emel saya.

DAA
DR A


Monday 3 November 2014

ELOK KE PAKAI CLEARPATH ALIGNER???

SALAM & hii to all..

Tajuk entry pun macam provok je kan? Actually itulah soalan yang femes bila saya introduce kan alternatif baru pendakap gigi. CLEARPATH ALIGNER.   Bagus ke? Menjadi ke? Sakit ke? 

Sebenarnya aligner bukanlah sesuatu yang baru dalam rawatan ortodontik.. Sudah agak lama dipekenalkan, tapi mungkin di Malaysia kurang pendedahan mengenai aligner.

Aligner dan braces/pendakap gigi adalah alat yang mempunyai fungsi rawatan yang sama iaitu untuk menyusun & meluruskan semula gigi yang tidak tersusun. Cuma rupabentuk sahaja berlainan. Untuk jenis2 pendakap gigi, boleh refer kat entry ni 
http://klinikpergigiandrafzan.blogspot.com/2014/10/pendakap-gigi-braces.html


Inilah rupa ALIGNER

ALIGNER yang dipakai 
Ok, apa kelebihan ALIGNER berbanding dengan conventional braces?

1. ALIGNER macam yang anda tengok kat atas tu, dia transparent, clear..kalau pakai, sekali pandang orang takkan perasan anda sedang menjalani rawatan ortodontik.

2. Kebersihan gigi & mulut lebih senang dijaga.. tak seperti conventional braces, apa jua yang anda makan, makanan akan stick pada braces, jadi anda perlu effort dan masa yang lebih untuk membersihkan gigi..untuk ALIGNER, anda hanya tanggalkan, dan boleh berus gigi seperti biasa. Lebih mudah kan?

3. Sangat selesa-  kadar kesakitan mungkin kurang berbanding conventional braces.

4. Tempoh pamakaian pendakap gigi lebih pendek.

5. Kadar temujanji bersama doktor gigi adalah minimum.

6. Tidak perlu menukar tabiat pemakanan.

Disebabkan kelebihan seperti di atas, ALIGNER makin mendapat tempat dan lebih disukai oleh pesakit2 yang perlu menjalani rawatan ortodontik.. Tapi again, disebabkan ALIGNER boleh ditanggalkan (ketika makan & berus gigi), maka anda perlu lebih disiplin dan komitmen..

Of Course kena bagi komitmen, sebab anda yang mahu kelihatan cantik dengan gigi tersusun at the end kan?

CLEARPATH ALIGNER dalam paper::::
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

Untuk maklumat lanjut mengenai CLEARPATH ALIGNER, boleh visit website ni::::
http://clearpathdental.com/

CLEARPATH ALIGNER pun dah masuk dalam NONA TV3 since 2012.. boleh search kat youtube. Kalau dah jumpa link nanti saya share kat sini.

Ni link utk CLEARPATH ALIGNER dalam NONA TV3:
http://www.youtube.com/watch?v=1yfs5FGsNa4

Again, decision anda untuk memilih jenis pendakap gigi bergantung kepada budget dan keselesaan anda.

Bagi yang berminat dengan CLEARPATH ALIGNER ni, boleh datang jumpa saya di klinik untuk further consultation..

Daa
DR A.

Wednesday 29 October 2014

PENDAKAP GIGI / BRACES

Salam semua..

Hari ni kita share knowledge mengenai braces a.k.a pendakap gigi.

PENDAKAP GIGI a.k.a BRACES
Apa itu pendakap gigi?

YESS..macam dalam gambar kat atas tu.. Ia merupakan sejenis alat yang digunakan dalam  rawatan ortodontik bertujuan untuk menyusun dan meluruskan gigi mengikut keadaan pesakit.

Kenapa dan Siapa yang perlu pakai pendakap gigi?

 Ia dipakai oleh individu yang mempunyai masaalah susunan gigi, samada gigi berlapis, ruang antara gigi, gigi atas terlalu ke depan (jongang), gigi depan bawah terlalu ke depan (dagu ke depan) dll..

Ini antara contoh gigi yang perlu rawatan ortodontik (braces)
Jenis-jenis pendakap gigi

1. Pendakap gigi besi (metal braces/traditional braces)


2. Ceramic braces


3. Lingual braces


4. Aligner



Berapa umur yang sesuai untuk memakai braces?

Seeloknya apabila gigi susu sudah diganti dengan gigi kekal, sekitar umur 12thn-13thn.. tetapi ada sesetengah kes, gigi kekal lambat keluar (delay eruption), sudah boleh mula untuk memakai braces.. Apapun, lebih baik  jika anda berjumpa dengan dr gigi dahulu untuk pemeriksaan.

Lama tak pakai?

Tempoh pemakaian braces bergantung kepada keadaan gigi seseorang.. semakin complicated susunan gigi, semakin lama masa yang diambil. Konsep rawatan ortodontik "continuous light force", maksudnya pressure yang kita bagi dekat gigi tu slow dan berterusan..kalau terlalu cepat tapi hasil tak bagus pun tak best jugak kan? nak pakai braces, kena sabar & rajin.

OK, so dapat tak sikit2 idea pasal braces? Bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkan rawatan braces ni, nasihat saya jumpa dr gigi anda telebih dahulu untuk pemeriksaan, dan pertanyaan yang lebih lanjut mengenai keadaan gigi anda.

Daa
DR A.


Wednesday 15 October 2014

Tuesday 14 October 2014

PENDAKAP GIGI/ CLEARPATH ALIGNERS

SALAM & hi readers..

Dah masuk pertengahan Oktober ye..sekejap je masa berlalu. Bulan lepas DR A buat promosi tooth whitening / pemutihan gigi, so this month nak introduce something new untuk semua.

Pernah dengar 'braces' / pendakap gigi? Iya, yang pakai besi kat gigi tu..Untuk apa pakai braces?? yes, you're correct. Untuk betulkan gigi yang tidak tersusun.

Tapii, sekarang dengan teknologi baru, anda semua boleh betulkan gigi tanpa rasa malu @ segan disebabkan besi yang melekat pada gigi anda. Inilah dia, ALIGNER.

Have a look first, nanti DR A akan update more info info pasal aligner on next next entry.


Kalau rasa dah tak sabar2 nak tau pasal ALIGNER ni, 
boleh email DR A @ : tdenttrading@yahoo.com,
Call klinik pergigian dr afzan: 012 234 8407
Pm @ FB kami : https://www.facebook.com/klinikpergigiandrafzan

Daa
DR A

Monday 13 October 2014

RAWATAN PEMUTIHAN GIGI / TEETH WHITENING

Ini satu lagi rawatan pergigian kosmetik.



Semua orang  ingin memiliki senyuman cantik berseri kan. Tapi apa takrifan bagi "senyuman cantik berseri"? adakah cukup sekadar mempunyai bilangan gigi yang cukup? atau gigi yang bersih dan tidak rosak? atau gigi yang tersusun dan teratur? atau gigi yang putih?

Jawapannya YA, semua yang saya mention kat atas tu..bila semua tu di gabung barulah menghasilkan satu senyuman seperti model kat atas tu..Silap haribulan boleh jadi model ubat gigi..hihi

Jom kita explore mengenai pemutihan gigi.

APA ITU TEETH WHITENING a.ka. PEMUTIHAN GIGI?

Menurut FDA (food & drug administration), pemutihan gigi adalah mengembalikan warna asal gigi (your natural tooth color).
 Kebiasaannya  produk yang digunakan untuk memutihkan gigi adalah carbamide peroxide dan hydrogen peroxide.

KENAPA GIGI MENJADI KUNING?

Iya, kalau kita bandingkan gigi susu (gigi waktu kanak-kanak) dengan gigi kekal ( gigi orang dewasa), kita dapati bahawa gigi susu lebih putih dari gigi kekal. Sebab, waktu kita kecil, makanan yang dimakan @ dikunyah agak limited, tak seperti ketika dewasa. Ke kecik2 dah minum kopi kaww?? hehe. OK, itu salah satu sebab kenapa warna gigi kita berubah, faktor PEMAKANAN.

Pemakanan yang macamana boleh mengubah warna gigi ye? Selalunya makanan/minuman yang mempunyai warna terang seperti kari, carbonated drinks, teh, kopi, junk food yang mempunyai warna keterlaluan. So, lagi banyak kita consume makanan seperti ini, makin ketara lah "kekuningan" pada gigi anda.

Faktor PENUAAN / AGING  juga memainkan peranan. Semakin meningkat umur kita, lapisan gigi yang paling luar (enamel) semakin menipis dan transparent, menampakkan lapisan gigi yang kedua iaitu dentin..Dentin sememangnya warna kuning. Got it??

MEROKOK memang faktor paling "glamour" yang menyumbang kepada perubahan warna gigi. Semua orang tahu salah satu kesan merokok gigi akan jadi kuning. Ke ada orang merokok gigi jadi makin putih? hihi.. Selalu merokok akan menyebabkan staining pada gigi, samada stain yang kita boleh nampak (extrinsic) @ tak boleh nampak (intrinsic).

Selain dari faktor yang saya mention kat atas, ada a few lagi yang turut menyumbang.

Enamel hypoplasia (masaalah struktur gigi)
Tetracycline ( antibiotik yg digunakan untuk rawatan jerawat)
Fluorosis (tompok2 putih pada gigi)

** wait for entry khas untuk kes2 kat atas ni**

MACAMANA PROSEDUR RAWATAN PEMUTIHAN GIGI?


Ehsan dari Google

Prosedur yang dilakukan lebih kurang seperti dalam gambar.. Saya tak pernah sempat untuk ambil gambar step by step ketika prosedur whitening dilakukan, ambil gambar sebelum dan selepas je. Nasib jumpa kat google, lebih senang nak explain utk anda semua.

1a & 1b
OK, mula2 doktor akan tentukan warna asal gigi anda mengikut shade guide. Selalu asians shade guide A3 @ A3.5 (kuning). tapi ada jugak yang A2 @ A1 (putih), agains jarang2 dijumpai.

1c & 1d
Kemudian gigi akan dikeringkan dan di 'isolated'  (tanak bagi kena air liur).

1e & 1f
'Gingival barrier' diletakkan di sekeliling gusi. Gingival barrier penting supaya produk pemutihan tidak terkena pada gusi, kalau tak pedih nanti.

1g, 1h, 1i
Produk pemutihan disapu pada permukaan gigi diikuti pencahayaan kepada gigi tersebut. Proses ni dilakukan berulang kali (2/3 kali) sehingga hasil diperolehi.

1j, 1k, 1l
Setelah selesai prosedur pemutihan, shade guide sekali lagi digunkan untuk dibandingkan dengan warna asal.

** selalunya prosedur ini memakan masa + - 1jam termasuk cuci gigi..oh yea, lupa nak bagitau, sebelum prosedur whitening, gigi akan dicuci terlebih dahulu.. Dalam masa 1jam anda terus boleh mendapatkan gigi yang putih bersih.:)
Contoh pesakit di klinik saya yang telah melakukan prosedur pemutihan gigi.


SAKIT TAK??
Ni soalan yang femes. Prosedur ni tak menyakitkan langsung, tapi bagi sesetengah orang ada yang mengalami sedikit sensitif pada gigi selepas prosedur. Tapi, rasa sensitif tu cuma sementara sahaja. 1 lagi, anda juga mungkin rasa sedikit lenguh pada rahang ( dah 1jam kan). 

BERAPA LAMA TAHAN?
Ni pun selalu jugak orang tanya..Selalunya it will last for 2 years, tapi kalau anda hari2 minum kopi @ teh tak sampai la 2 tahun.  Sebenarnya nak minum kopi@ teh boleh, tapi cuba elakkan kena gigi depan, (guna straw lerr). Ataupun kurangkan dose, e.g, kalau sebelum ni setiap hari, jadikan 3 hari sekali. Bagaimana pula yang merokok?? tepuk dada tanya selera:)

Selalu saya nasihatkan pesakit saya supaya menjaga pemakanan & habit, yer la, dah buat prosedur 1jam + banyak spend duit, kena appreciate la kan..

Lagi satu, untuk mengekalkan warna 'putih' gigi tu, gunalah home kit as maintenance. Yang paling senang dan murah adalah pen pemutih gigi. Cuma gunakan seminggu sekali / 2 kali..
Ni contoh tooth whitening pen yang saya jual.


Ada sesapa yang pernah buat tooth whitening??? cantik tak?

DR A













Saturday 4 October 2014

COMPOSITE VENEER

Siapa  tahu apa itu VENEER?

Composite Veneer
Iya.. inilah veneer.. Ianya adalah sekeping lapisan nipis yang dibentukkan mengikut bentuk gigi pesakit. Ianya meliputi permukaan di bahagian hadapan gigi sahaja, dan bukan keseluruhan gigi.

Veneer merupakan salah satu jenis rawatan untuk mencantikkan gigi (estetik/kosmetik).

Veneer kebiasaanya diperbuat dari porselin, di mana kaedah rawatan porselin Veneer sama dengan crown gigi (sarung gigi). Pada lawatan pertama gigi akan di "prep" dan kemudian acuan akan diambil dan dihantar ke makmal. Pada lawatan kedua, porselin veneer akan disimenkan pada permukaan gigi.

Tapi kini ada kaedah yang lebih mudah , senang, dan cepat untuk rawatan veneer ini, ianya dikenali sebagai Composite Veneer. Composite Veneer boleh terus disiapkan dengan sekali lawatan sahaja dalam masa 30 -45minit.. Sekali visit sahaja terus boleh dapatkan senyuman yang cantik dan menawan!:)

SIAPA YANG SESUAI UNTUK LAKUKAN COMPOSITE VENEER??

Kiri: sebelum                                Kanan: selepas

Orang yang mempunyai gigi yang jarang @ bentuk gigi yang tidak sama. Great difference kan?



Anda yang mempunyai warna gigi yang tidak cantik.. macam pesakit dalam gambar di atas ni, gigi atas beliau berubah warna kebiruan pada bahagian pangkal gigi. ia disebabkan pengambilan sejenis antibiotik. Ada juga sesetengah pesakit yang pernah melakukan rawatan akar, selepas beberapa tahun gigi tersebut berubah warna. ini pun boleh dicantikkan semula melalui kaedah Veneer.



Macam pesakit kat atas ni, pada awalnya beliau mempunyai lubang pada bahagian pangkal gigi hadapan (caries), tampalan gigi sewarna telah dilakukan tetapi beliau kurang berpuashati dengan warna tampalan yang telah dilakukan..

Kesimpulannya, VENEER hanya dibuat pada gigi yang mempunyai kerosakan minima, bentuk yang tidak sama / kecil, warna yang berubah.

Berminat?

Hubungi kami untuk temujanji
012 234 8407

Dr A

Wednesday 1 October 2014

GC TOOTH MOUSSE ( KRIM GIGI/VITAMIN GIGI )


Siapa pernah tengok GC TOOTH MOUSSE ni? atau mungkin pernah guna? Angkat tangan:))

Kali ni nak bercerita tentang salah satu cara bagaimana untuk mencegah kerosakan gigi. Bukan merawat ye..ada beza tu..ok, apa kaitan GC TOOTH MOUSSE ni dengan cara nak cegah gigi rosak??mari kita berkenalan..yang dah tau tu @ pernah guna nati bleh share experience dalam comment box ok.

APAKAH?

GC TOOTH MOUSSE adalah krim yang bermanfaat untuk gigi, dimana ia mengandungi kalsium dan fosfat, iaitu mineral utama yang terkandung dalam gigi. GC TOOTH MOUSSE adalah bebas fluorida. Krim gigi ini diperbuat daripada susu.

BAGAIMANA GC TOOTH MOUSSE MEMBERI MANFAAT KEPADA GIGI?

Jom tengok video ni supaya dapat gambaran yang lebih jelas





SIAPA YANG MEMERLUKAN GC TOOTH MOUSSE?

# anda yang mempunyai kerosakan gigi yang aktif
# kanak-kanak yang cenderung mengalami kerosakan gigi 
# anda yang mempunyai gigi sensitif
# anda yang mempunyai kahausan pada gigi
# anda yang menjalankan rawatan pemutihan gigi (kalau gigi sensitif)
# anda yang menjalankan rawatan orthodontik
# anda yang  mengalami alahan ketika mengandung

ADAKAH GC TOOTH MOUSSE SESUAI UNTUK SEMUA GOLONGAN?

Yes, ia sesuai untuk semua peringkat umur as long as ada gigi :) baby yang baru keluar gigi usually 6month and above boleh dah start guna.. again, prevention better than cure.:)

BAGAIMANA CARA MENGGUNAKAN GC TOOTH MOUSSE?

1. Selepas memberus gigi, picitkan Krim gigi  secukupnya dan ratakan pada permukaan gigi menggunakan jari yang bersih dan kering.

2. Biarkan di atas permukaan gigi sekurang-kurangnya 3 minit. Kemudian, dengan menggunakan lidah ratakan krim pada seluruh bahagian dalam mulut. (Krim gigi adalah selamat untuk ditelan kerana diperbuat daripada susu)

3.  Biarkan lagi selama 1-2 minit. Lebih lama GC TOOTH MOUSSE dan air liur dibiarkan di dalam mulut  akan memberikan keputusan yang lebih berkesan.

4. Elakkan daripada berkumur. Tidak boleh makan & minum 30 minit selepas penyapuan.

Sesiapa nak try GC TOOTH MOUSSE ni boleh dapatkan di klinik saya bagi yang berdekatan atau boleh courier bagi yang berjauhan.:))  bagi yang dah pernah guna GC TOOTH MOUSSE ni, sila la bagi feedback:))

ehh, lupa..GC TOOTH MOUSSE ni sangat best sebab it comes with flavours! ada 5 perisa.. MELON, STRAWBERRY, MINT, VANILLA, TUTTIFRUTTI.. yang paling glemer dan cepat sold out of course tuttifrutti.. tak caya jom try!

daaaaaa

Dr A



WELCOME OKTOBER!

SALAM semua..

Sejak first entry, ni baru nak start blogging balik..hehe. harap lepas ni sentiasa beristiqamah untuk update blog dan berkongsi tentang ilmu pergigian.. Aminnn..

So far klinik dah hampir memasuki usia 4 bulan dan pesakit pun semakin ramai..

Tapi satu yang saya notice tentang pesakit di kawasan sini, awareness tentang penjagaan gigi sangat bagus..Big Clap!!  Majoriti try to save their tooth as possible. Tak seperti zaman dahulu, bila sakit je gigi, cabut then replace with denture.

ihsan dari Google


Sekarang zaman teknologi yang serba canggih, walau gigi tu dah berlubang besar & dalam, ia masih boleh diselamatkan dari dicabut, banyak kaedah rawatan yang boleh dilakukan.

Pilihan di tangan kita.. Tapi yang paling bagus kalau kita mencegah sebelum terjadi "lubang" tersebut. Bercakap pasal pencegahan ni pun, banyak cara yang kita boleh lakukan..Boleh dilakuakn di klinik dan juga di rumah..

Apakah pilihan rawatan itu? wait for the next entry..In sha Allah, saya akan berkongsi dengan anda.

Dr A

Thursday 3 July 2014

LAUNCHING

Salam semua..

Alhamdulillah, KLINIK PERGIGIAN DR AFZAN officially launched on 8 June 2014..
Treatment room


Sempena pembukaan ni, klinik kami berbesar hati ingin menawarkan diskaun yang istimewa kepada anda semua!

Diskaun ni tiada terma & syarat, sah untuk SEMUA JENIS RAWATAN! termasuk MEDICATION :) best kan. Jadi tunggu apa lagi, jom datang beramai2 :)

TAAAAPI, offer ni for LIMITED time je..so grab cepat2. Bukan senang klinik nak buat offer:))


Anything nak tanya pasal jenis rawatan ke, nak buat appointment ke bleh call no klinik k.=>> 
012 234 8407