Monday 13 July 2015

PROMOSI!!! PROMOSI!!!

Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang ni dr A berbesar hati nak bagi diskaun yang sangat hebat untuk semua pesakit. Untuk rawatan pemutihan gigi je tau! / teeth whitening. sebabnya nak bagi semua orang memiliki senyuman yang cantik berseri di hari raya nanti:) Ni first time Klinik pergigian Dr Afzan kasi diskaun yang sangat2 hebat untuk teeth whitening.. Memang MARK DOWN PRICE!! Dah habis promotion memang tak dapat lagi harga ni.

Siapa2 nak senyuman putih berseri ala2 selebriti tu cepat book your session kat klinik ya!!

Looking forward to see u:)
tata
Dr A

Wednesday 22 April 2015

JAMBATAN GIGI/ DENTAL BRIDGE

SALAM...

Hari ni saya share kes bridge a.k.a jambatan gigi..

Jambatan gigi??? Gigi pun ada jambatan ke?? Apa tu jambatan gigi?Macamana rupa dia? Sakit tak? Siapa yang boleh pakai?

Itulah antara common question yang saya dapat bila perkenalkan jambatan gigi / bridge.

Mari saya sharekan serba sedikit pasal bridge ni..

:::::Contoh bridge untuk gigi depan:::::

::::Contoh bridge untuk gigi belakang::::
OK, kedua-dua gambar kat atas tu contoh bridge.. Bridge dibuat untuk menggantikan gigi yang telah tiada @ in simple words gigi yang dah dicabut. Selalunya apabila kita kehilangan gigi, ia akan digantikan dengan gigi palsu. Dan gigi palsu yang selalu kita tengok adalah yang boleh ditanggalkan (removable). Bridge pun tergolong dalam kumpulan gigi palsu jugak,tetapi gigi palsu yang kekal dalam mulut / (fixed). So,tak perlu ditanggalkan. Bridge menjadi semakin popular sekarang bagi menggantikan gigi yang hilang kerana ianya lebih selesa dan tak perlu ditanggalkan.

Berbalik kepada gambar di atas, cuba tengok gambar yang ke 2/yg bawah. Pesakit ni hanya kehilangan sebatang gigi geraham bawah. Apabila bridge dipasang,ia akan menggunakan gigi sebelah sebagai "tiang" @ pemegang. Jadi, kedua-dua gigi yang bersebelahan akan dikecilkan dan dipakaikan sarung gigi. So, takdelah gusi palsu, sebab itulah ianya lebih selesa. Faham tak?? Actually, bridge ni bukan untuk kes yang kehilangan sebatang gigi sahaja, 2,3 dan seterusnya pun boleh..Asalkan masih ada gigi kekal yang bersesuaian untuk dijadikan "tiang". Tapi kalau dah hilang semua gigi tu, tapi still nak pakai bridge jugak, perlu buat implant terlebih dahulu..Kalau tak mana nak dapat support untuk pegang bridge kan? Namapun bridge, mesti ada pemegang!

Bridge ni ada beberapa jenis. Macam gambar yang pertama tu namanya Maryland bridge. Nampak macam bersayap kan? Sayap tulah yang akan bertindak sebagai pemegang/support dan ianya melekat dibelakang gigi sebelah. Ok, untuk decide jenis bridge yang mana suit untuk kita, pesakit tak boleh nak decide sendiri. Selalunya dentist akan decide selepas checkup dibuat. Ini kerana ada beberapa faktor yang akan dilihat untuk menetukan jenis bridge yang sesuai untuk pesakit.

Mari kita tengok review pesakit saya.
gambar atas: sebelum rawatan:::: pesakit mempunyai masaalah ruang diantara gigi, gigi tengah sebelah kiri yang tak sama warna & kehilangan sebatang gigi sebelah kanan.

gambar bawah: selepas rawatan:::: gigi yang hilang digantikan oleh bridge, manakala warna yang tidak sekata pada gigi kiri & ruang ditengah ditutup melalui rawatan veneer.

***p/s: pesakit request warna bridge & veneer yang lebih putih. Gigi lain boleh buat whitening:)) so dapat fullset gigi yang putih.

any inquiries boleh call klinik gigi dr afzan: 012 234 8407
email: tdenttrading@yahoo.com
pm di FB: https://www.facebook.com/klinikpergigiandrafzan

daa
DR A

Tuesday 14 April 2015

CLEARPATH ALIGNERS

SALAM semua....

Another Clearpath aligner review today.
Gambar kat atas sebelum mula rawatan, gambar di bawah selepas 3 1/2 bulan pakai aligners. 
Pesakit ini mempunyai gigitan ke belakang, dimana rahang bawah ke depan,rahang atas ke belakang(mengikut ilmu pergigian dipanggil Class III malocclusion).
Perhatikan gambar sebelum rawatan, ruang diantara gigi atas & bawah agak jauh, tetapi apabila mula memakai aligners bagi tempoh 3bulan 1/2, terdapat perubahan diantara jarak gigi atas & bawah.
Tunggu  next review kita tengok lagi ok!!

daa
Dr A

ORTHODONTICS CARE

Hari ni saya nak introduce new oral care product khas untuk anda yang sedang menjalani rawatan ortodontik a.k.a pakai braces/aligners.

Penjagaan kebersihan mulut sgt 'crucial' bagi anda yang sedang memakai pendakap gigi. Jika anda careless,gigi anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk rosak berbanding dengan orang yang tak memakai pendakap gigi.

Tompok putih pada gigi menunjukkan tanda awal kerosakan gigi
Plak yang terkumpul pada gigi bukan sahaja menyebabkan jangkitan pada gusi tetapi turut mengundang bau mulut yang kurang enak.
Makanya bagi anda yang memakai pendakap gigi perlulah memaksimakan penjagan kebersihan mulut. Bukan sahaja kita ingin mendapatkan sebaris gigi yang tersusun, tetapi juga mulut yang bersih.

Dapatkan orthodontics starter kit anda hari ini jugak!
Orthodontic starter kit mengandungi:
1. Ortho 123 mouthwash
2. Ortho toothpaste
3. Orthodontic toothbrush
Tooth Mousse yang mengandungi calcium & phospate sangat penting untuk menguatkan struktur gigi anda
Special floss

Apa kelebihan Fluocaril Ortho 123 Mouthwash??

Mengandungi:::::

1. CPC-antibacterial agent - Mengurangkan kadar pembentukan plak dan membunuh bakteria
2. Fluoride - Membantu menghalang pembentukan kaviti 
3. Ramuan semulajadi - Aloe Vera, Centella, Panthenol

Tips 123!
-Brush,Floss,Mouthwash-

***untuk dapatkan produk ni boleh:***
datang walk-in ke klinik dr afzan
email: tdenttrading@yahoo.com
call clinic: 012 273 8407 (sms/watsapp tak boleh)
pm di FB : https://www.facebook.com/klinikpergigiandrafzan

daa
Dr A


Thursday 12 March 2015

CLEARPATH ALIGNERS

Salam semua..

Beberapa hari lepas saya review seorang pesakit yang sedang menjalani rawatan ortodontik (membetulkan gigi) menggunakan aligners. Gembira sangat bila melihat great improvement berbanding dengan keadaan beliau sebelum ni. Kalau saya dah gembira, apatah lagi pesakit kan! Ok, mari tengok gambar dulu.

Pesakit ini mempunyai masaalah gigi jarang @ spacing. Anggaran tempoh rawatan 1 1/2 tahun. Pesakit baru sahaja memakai aligner selama 3 bulan. Perbezaan yang ketara boleh dilihat pada gigi depan bahagian atas. Nanti saya tunjuk gambar selepas 6 bulan pulak, kita tengok result nya ok. So, pada yang ragu2 akan keberkesanan aligner, just stay with me, nanti saya akan tunjuk sehingga end result.:)

Apa yang menarik dengan aligner/ braces tanpa dawai ni?

  • ianya adalah lutsinar, sekali pandang memang orang tak perasan anda sedang menjalani rawatan ortodontik. 
    hampir tidak kelihatan kan?
  • kebersihan mulut lebih senang dijaga kerana aligner boleh ditanggalkan ketika menggosok gigi. Jadi tak perlu risau risiko kerosakan gigi.
  • aligner juga sesuai untuk anda yang mempunyai kehidupan yang sibuk @ menetap jauh dari klinik kerana anda tidak perlu jumpa dentist dengan kerap. waktu temujanji boleh diubahsuai mengikut jadual anda, sebagai contoh anda hanya boleh datang ke klinik 3 bulan sekali, jadi saya akan bekalkan anda dengan beberapa pasang aligner sehingga tarikh temujanji seterusnya.
    Beberapa pasang aligner yang saya akan bagi kepada pesakit
     
  • dengan aligners, corak pemakanan anda tidak perlu diubah. tiada pantang larang, malah anda boleh makan seperti sebelumnya. Jika anda berasa tidak selesa menggunakan aligner ketika makan, anda boleh keluarkan aligner untuk seketika.
  • tempoh rawatan menggunakan aligner lebih cepat berbanding pendakap gigi biasa
make your own choice!

Daa
Dr A



Tuesday 10 March 2015

Anak baru nak tumbuh gigi??

Salam & hye everybody.. Laaamanya tak update blog & sharing knowledge of oral health!.. Sebenarnya Dr A baru habis confinement leave, so baru masuk kerja. Missing my clinic & patients:)

In sha Allah, Dr A akan start sharing semula, so rajin2 la visit blog ni after this ya!



OK, just a brief. Orregel ni dapat memberi kelegaan yang cepat untuk baby anda yang baru nak tumbuh gigi. Selalu baby akan meragam bila nak tumbuh gigi and sometimes air liur akan meleleh je..Even ada baby sampai demam bila nak gigi baru nak keluar. Jangan bimbang ibu2 semua, simptom tu hanya untuk sementara waktu sahaja:) So, untuk melegakan bayi anda, boleh la apply Orregel ni pada kawasan gusi yang baru nak keluar gigi tu. Selain itu, Orregel ni boleh juga digunakan untuk ulser mulut pada kanak-kanak.

Mana nak dapatkan Orregel?
Boleh datang ke klinik pergigian Dr Afzan @ online shopping pun boleh.. Just call @ email us.

012 - 234 8407 / tdenttrading@yahoo.com.

Dr A