Thursday 12 March 2015

CLEARPATH ALIGNERS

Salam semua..

Beberapa hari lepas saya review seorang pesakit yang sedang menjalani rawatan ortodontik (membetulkan gigi) menggunakan aligners. Gembira sangat bila melihat great improvement berbanding dengan keadaan beliau sebelum ni. Kalau saya dah gembira, apatah lagi pesakit kan! Ok, mari tengok gambar dulu.

Pesakit ini mempunyai masaalah gigi jarang @ spacing. Anggaran tempoh rawatan 1 1/2 tahun. Pesakit baru sahaja memakai aligner selama 3 bulan. Perbezaan yang ketara boleh dilihat pada gigi depan bahagian atas. Nanti saya tunjuk gambar selepas 6 bulan pulak, kita tengok result nya ok. So, pada yang ragu2 akan keberkesanan aligner, just stay with me, nanti saya akan tunjuk sehingga end result.:)

Apa yang menarik dengan aligner/ braces tanpa dawai ni?

  • ianya adalah lutsinar, sekali pandang memang orang tak perasan anda sedang menjalani rawatan ortodontik. 
    hampir tidak kelihatan kan?
  • kebersihan mulut lebih senang dijaga kerana aligner boleh ditanggalkan ketika menggosok gigi. Jadi tak perlu risau risiko kerosakan gigi.
  • aligner juga sesuai untuk anda yang mempunyai kehidupan yang sibuk @ menetap jauh dari klinik kerana anda tidak perlu jumpa dentist dengan kerap. waktu temujanji boleh diubahsuai mengikut jadual anda, sebagai contoh anda hanya boleh datang ke klinik 3 bulan sekali, jadi saya akan bekalkan anda dengan beberapa pasang aligner sehingga tarikh temujanji seterusnya.
    Beberapa pasang aligner yang saya akan bagi kepada pesakit
     
  • dengan aligners, corak pemakanan anda tidak perlu diubah. tiada pantang larang, malah anda boleh makan seperti sebelumnya. Jika anda berasa tidak selesa menggunakan aligner ketika makan, anda boleh keluarkan aligner untuk seketika.
  • tempoh rawatan menggunakan aligner lebih cepat berbanding pendakap gigi biasa
make your own choice!

Daa
Dr A



5 comments:

  1. Assalam doc,sy nk tnye harga clearpath dgn braces mne lg murah?? Tlg jwb doctor

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm aqish.. harga braces/aligner bergantung kepada keadaan gigi setiap pesakit,harga mungkin berbeza bagi setiap individu.. untuk harga keseluruhan rawatan lebih kurang sahaja.

      Delete
  2. Salam doktor.. Maaf bertanya.. Boleh ke orang yang mempunyai ragan g bawah ke depan memakai braces atau pun gigi palsu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. WSLM..BOLEH PAKAI BRACES..TAPI STILL KENA CHECK DULU UNTUK PASTIKAN RAWATAN YANG SESUAI & DR PERLU TENGOK KEADAAN GIGI.

      Delete
    2. WSLM..BOLEH PAKAI BRACES..TAPI STILL KENA CHECK DULU UNTUK PASTIKAN RAWATAN YANG SESUAI & DR PERLU TENGOK KEADAAN GIGI.

      Delete