Saturday 29 November 2014

PENDAKAP GIGI TANPA DAWAI/ PENDAKAP GIGI LUTSINAR

PETIKAN DARI AKHBAR HARIAN METRO AHAD

Senyuman yang menawan tidak lengkap tanpa gigi yang cantik, bersih dan teratur. 
Namun, tidak semua orang memiliki gigi sempurna kerana ada yang mengalami 
kecacatan gigi atau malocclusion.

Malocclusion adalah susunan gigi yang tidak teratur seperti gigi sesak (crowding), 
gigi jarang (spacing), gigi depan di atas lebih menonjol berbanding di bawah (overbite), 
gigi depan atas melekat keluar dan menonjol (overjet) dan gigi bawah ke depan 
(underbite).

Kecacatan gigi juga membabitkan gigi atas dan gigi bawah tersusun berlawanan 
daripada susunan normal yang tepat (crossbite), gigi depan atas dan bawah tidak 
bersentuhan bila gigi dirapatkan (openbite) dan gigi depan tengah tidak sekata dengan 
gigi depan (misplaced midline).

Beberapa faktor yang menyebabkan malocclusion ialah keturunan, saiz tulang rahang 
dan gigi tidak seimbang, bilangan gigi yang lebih, bentuk gigi yang tidak normal, gigi 
terhimpit kerana tidak cukup ruang, kehilangan awal gigi susu atau gigi kekal dan tabiat 
buruk seperti menghisap jari atau menggigit bibir.

Susunan gigi yang tidak teratur boleh mewujudkan pelbagai masalah seperti gigi yang 
sesak sukar dibersihkan apabila berus gigi atau flos gigi tidak boleh mencapai celah gigi 
tempat makanan terselit, sekali gus menyumbang kepada kerosakan gigi dan penyakit gusi. 
Gigi yang menonjol atau jongang pula menyebabkan tergigit bibir atau lidah dengan 
sengaja.

Crossbite boleh menyebabkan pertumbuhan gigi yang tidak rata manakala openbite 
juga boleh menyebabkan tergigit lidah dan mengganggu pertuturan menyebabkan sebutan 
tidak jelas.

Perunding Ortodontik ClearPath dan Pakar Produk, Dr Syed Imran Ali berkata, susunan 
gigi yang tidak teratur boleh dibetulkan menerusi rawatan ortodontik seperti mencabut 
gigi atau memakai pendakap gigi kerana kecacatan yang tidak diperbaiki mampu 
menyebabkan penyakit gusi dan kerosakan gigi.

Rawatan ortodontik juga mencegah risiko kecederaan pada gigi, dapat membetulkan 
gigitan dan membantu mengunyah makanan dengan baik, di samping menjadikan 
penampilan lebih menarik.

"Penggunaan pendakap gigi besi adalah kaedah konvensional untuk merawat kecacatan 
pada gigi apabila wayar dan braket logam akan diikat ketat untuk menolak gigi kembali 
ke dalam jajaran betul dan jurang antara gigi juga dikurangkan menggunakan kaedah sama.

"Kaedah ini berkesan untuk membetulkan kecacatan kecil serta membantu meningkatkan 
kesihatan keseluruhan gigi mereka yang mempunyai gigi yang tidak teratur. Bagaimanapun,
mereka yang mempunyai kecacatan serius tidak disyor menggunakan pendakap gigi," 
katanya.

Menurutnya, rawatan ortodontik sangat penting kerana kesihatan keseluruhan seseorang 
bergantung kepada kesihatan bahagian gigi apabila penjagaan oral yang baik boleh 
mengurangkan insiden penyakit jantung, penyakit gastrointestinal dan masalah kesihatan 
lain.

"Selain itu, kita memerlukan gigi untuk makan dan mengunyah. Gigi terbentuk dengan cara 
sepatutnya bagi memudahkan proses mengunyah dengan lebih cekap, sekali gus 
membantu penghadaman. Gigitan yang rata dan seimbang juga mengurangkan risiko 
tekanan berlebihan, sakit kepala dan tekanan pada tulang dan tisu yang menyokong kita.

"Gigi yang kemas juga menghasilkan senyuman menawan dan ini memberi kita lebih 
keyakinan untuk berdepan orang ramai. Malah, pertuturan kita lebih jelas butirannya 
kerana gigi memainkan peranan penting dalam keupayaan kita bercakap," katanya.

Seiring dengan perkembangan teknologi dalam rawatan ortodontik, mereka yang 
mengalami malocclusion kini mempunyai alternatif pemakaian pendakap gigi kerana 
syarikat teknologi pergigian, Clearpath Orthodontics, memperkenalkan inovasi baru dalam 
penyelesaian masalah gigi tidak teratur.

Pendakap gigi diperkenalkan syarikat terbabit tidak lagi menggunakan wayar dan braket 
logam, sebaliknya plastik lutsinar, Essix, diperbuat daripada bahan bermutu tinggi serta 
direka khas mengikut acuan bentuk gigi pemakainya.

Lebih unik, pendakap gigi lutsinar yang dikenali sebagai aligner dicipta menggunakan 
teknologi Rekaan Berbantukan Komputer (CAD) dan Pembuatan Berbantukan Komputer 
(CAM).

Dr Syed Imran berkata, Clearpath menawarkan teknik melurus kedudukan gigi secara 
mudah, bersih dan tidak menyakitkan kerana tidak membabitkan penggunaan dawai dan 
braket logam, seramik, getah elastik atau sebarang bahan yang dilekatkan secara kekal 
dalam tempoh tertentu pada gigi.

"Selain lutsinar, aligner berteknologi tinggi ini juga sangat selesa dipakai kerana tidak 
mengganggu gusi dan pipi serta mudah ditanggalkan untuk dicuci. Malah, tiada halangan 
dalam pengambilan sebarang bentuk makanan ketika memakainya.

"Sebaliknya, pendakap gigi logam menimbulkan rasa tidak selesa dan sakit kerana dawai 
dan braket logam menekan gigi dan rahang. Pemakai pendakap gigi logam juga perlu 
mencabut beberapa gigi untuk memberi ruang pergerakan gigi bagi membentuk susunan 
teratur," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi ClearPath Marketing, Mazdurah Mohd Zin berkata, 
teknologi pergigian itu dibangunkan dengan kualiti sangat baik dan unik untuk memberi 
pilihan kepada pengguna, selain pendakap gigi konvensional yang membabitkan banyak 
prosedur sukar.


                        Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 November 2014 @ 5:04 AM






PENDAKAP gigi lutsinar dikenali sebagai aligner dicipta menggunakan teknologi Rekaan Berbantukan Komputer (CAD) dan Pembuatan Berbantukan Komputer (CAM).
ANNOUNCEMENT!!!

HARGA PENGENALAN UNTUK CLEARPATH ALIGNER AKAN BERAKHIR PADA 31/12/14.. DAH TAK LAMA..

JOM REBUT PELUANG SEMENTARA MASA MASIH BERBAKI DENGAN HARGA PENGENALAN.. WHY PAY MORE?? :))

HUBUNGI KLINIK PERGIGIAN DR AFZAN SEKARANG
012 234 8407

3 comments:

  1. Klinik dr afzan kat mana? Area kl Takde

    ReplyDelete
  2. Klinik dr afzan KKT mane?area kl Takde?

    ReplyDelete
  3. Klinik dr afzan kat mane?area kl takde

    ReplyDelete