Monday 3 November 2014

ELOK KE PAKAI CLEARPATH ALIGNER???

SALAM & hii to all..

Tajuk entry pun macam provok je kan? Actually itulah soalan yang femes bila saya introduce kan alternatif baru pendakap gigi. CLEARPATH ALIGNER.   Bagus ke? Menjadi ke? Sakit ke? 

Sebenarnya aligner bukanlah sesuatu yang baru dalam rawatan ortodontik.. Sudah agak lama dipekenalkan, tapi mungkin di Malaysia kurang pendedahan mengenai aligner.

Aligner dan braces/pendakap gigi adalah alat yang mempunyai fungsi rawatan yang sama iaitu untuk menyusun & meluruskan semula gigi yang tidak tersusun. Cuma rupabentuk sahaja berlainan. Untuk jenis2 pendakap gigi, boleh refer kat entry ni 
http://klinikpergigiandrafzan.blogspot.com/2014/10/pendakap-gigi-braces.html


Inilah rupa ALIGNER

ALIGNER yang dipakai 
Ok, apa kelebihan ALIGNER berbanding dengan conventional braces?

1. ALIGNER macam yang anda tengok kat atas tu, dia transparent, clear..kalau pakai, sekali pandang orang takkan perasan anda sedang menjalani rawatan ortodontik.

2. Kebersihan gigi & mulut lebih senang dijaga.. tak seperti conventional braces, apa jua yang anda makan, makanan akan stick pada braces, jadi anda perlu effort dan masa yang lebih untuk membersihkan gigi..untuk ALIGNER, anda hanya tanggalkan, dan boleh berus gigi seperti biasa. Lebih mudah kan?

3. Sangat selesa-  kadar kesakitan mungkin kurang berbanding conventional braces.

4. Tempoh pamakaian pendakap gigi lebih pendek.

5. Kadar temujanji bersama doktor gigi adalah minimum.

6. Tidak perlu menukar tabiat pemakanan.

Disebabkan kelebihan seperti di atas, ALIGNER makin mendapat tempat dan lebih disukai oleh pesakit2 yang perlu menjalani rawatan ortodontik.. Tapi again, disebabkan ALIGNER boleh ditanggalkan (ketika makan & berus gigi), maka anda perlu lebih disiplin dan komitmen..

Of Course kena bagi komitmen, sebab anda yang mahu kelihatan cantik dengan gigi tersusun at the end kan?

CLEARPATH ALIGNER dalam paper::::
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

Untuk maklumat lanjut mengenai CLEARPATH ALIGNER, boleh visit website ni::::
http://clearpathdental.com/

CLEARPATH ALIGNER pun dah masuk dalam NONA TV3 since 2012.. boleh search kat youtube. Kalau dah jumpa link nanti saya share kat sini.

Ni link utk CLEARPATH ALIGNER dalam NONA TV3:
http://www.youtube.com/watch?v=1yfs5FGsNa4

Again, decision anda untuk memilih jenis pendakap gigi bergantung kepada budget dan keselesaan anda.

Bagi yang berminat dengan CLEARPATH ALIGNER ni, boleh datang jumpa saya di klinik untuk further consultation..

Daa
DR A.

9 comments:

  1. Berapa ye harga skali buat rawatan ni?

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. salam hajar.

      hajar boleh direct call klinik ( 012 234 8407) atau msg di fb..

      Delete
  3. Dr.. sy tgh memakai clearpath.. baru 2 hari.. jika saya makan 3 kali sehari... adakah 3 kali aligner perlu dicabut? Atau boleh makan jika x cabut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui klinik yang anda dapatkan rawatan.

      Delete
  4. Hai, saya ada tengok banyak orang jual aligner yang warna biru serendah rm100/90 even 70rggt pon ada. Yang tu sama mcm yg ni ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI. UNTUK MAKLUMAN APA YANG DIJUAL OLEH ONLINE SELLER ITU ADALAH FAKE BRACES DAN TOTALLY DIFFERENT DENGAN ALIGNER CLEARPATH YANG DIBUAT DI KLINIK. SAYA NASIHATKAN DAPATKAN RAWATAN DI KLINIK,TANYA PENDAPAT DOKTOR ANDA SEBELUM BUAT APE RAWATAN, LAGI2 YG DIJUAL SECARA ONLINE. JIKA BERLAKU APA2 YANG TAK DI INGINI, ANDA JUGA YANG PERLU MENANGGUNG DI KEMUDIAN HARI.

      Delete
  5. Salam dr.Afzan,
    Brp kos clearpath ni? Saya tahu invisalign dlm range rm16k-rm22k, adakah sama dgn clearpath? Lebih mahal atau lebih murah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. untuk tahu details mengenai harga boleh wsp klinik : 011 5220 1902 @ pm di fb klinik::https://www.facebook.com/klinikpergigiandrafzan/

      @ call klinik: 096627801

      Delete